Friday, August 01, 2008

Bergantung Pada Bahu Gergasi

prophet "Salah satu teks daripada Alkitab yang saya gemari adalah Ibrani 11, bab yang hebat tentang iman. Untuk menggalakkan pengikut-pengikut Kristian awal untuk berlari dalam perlumbaan dihadapan mereka dikala cabaran-cabaran luaran dan dalaman (contohnya 10:32-39 and 5:11-6:12), penulis buku Ibrani bukan sahaja menunjukkan kekuasaan Kristus dalam segala keindahan dan kedaulatannya, tetapi juga mencabar mereka untuk terus bertahan seperti para anbiya sebelum mereka.

Dengan menamakan banyak nabi-nabi dalam Perjanjian Lama yang bukan sahaja percayakan perjanjian Tuhan yang berpusatkan Kristus, tetapi juga telah bertindak berdasarkan janji tersebut meskipun Tuhan Yesus Kristus masih belum muncul, penulis Ibrani mencabar umat Kristian untuk percayakan Firman Tuhan dan mendasarkan kehidupan mereka kepada apa yang sekarang telah dipenuhi oleh Kristus. Umat Kristian dicabar untuk terus bertahan ke akhir hayat. Dengan itu walau apa jua rintangan yang mendatang, orang-orang salih perlu memandang kepada Yesus.

Ibrani 11, dengan banyak lagi contoh-contoh dalam Alkitab menunjukkan betapa pentingnya mengikut jejak role model dalam kehidupan Kristian kita. Alkitab sentiasa mengingatkan kita bahawa tiada daripada kita berfungsi dengan bersendirian, tetapi kita berdiri atas bahu orang-orang yang telah datang sebelum kita, kita belajar daripada mereka, dalam amalan hidup mereka dan pemahaman teologi mereka.

Dengan itu, walaupun hidup kita mesti berpandukan kepada Alkitab dan direformasikan berdasarkan ajaran Alkitab – Sola Scriptura dan Semper Reformanda—“tradisi” juga mempunyai peranan yang penting, kritikal dan pembetulan kepada kita apabila kita cuba mempraktikkan ajaran Alkitab. Bak kata Nabi Sulaiman yang mengingatkan kita – “tiada yang baru di bawah matahari” and pepatah “mereka yang tidak dapat belajar daripada sejarah akan terus membuat kesilapan yang sama” – jika kita mengabaikan nenek moyang gereja kita sendiri yang rugi.

Tradisi dan pengajian teologi sejarah memerlukan pendekatan dimana amalan dan ajaran bersejarah, dikaji dengan konteks real-life dan cabaran-cabaran pada zaman berkenaan. Tujuan pengajian ini adalah untuk menghadapi isu-isu, debat-debat dan cabaran-cabaran dunia kontemporari.

lutherNamun begitu, pada hari ini salah satu masalah dalam gereja Injili yang menunjukkan budaya masyarakat, kita tidak tahu sejarah, apatah lagi sejarah Gereja dan teologi bersejarah dengan baik. Ini terutamanya pengetahuan kita tentang era Bapa-bapa Gereja (the Patristic Era). Adalah tepat untuk menyatakan bagi kebanyakan umat Kristian Injili, kita akan lebih berkenalan dengan tokoh-tokoh utama dan idea-idea teologi mereka daripada zaman Reformation dan post-Reformation, daripada tokoh-tokoh sebelum Reformation. Untuk kehidupan dan kesihatan gereja hari ini, pengetahuan kita tentang sejarah Gereja perlulah diperbaik kerana dua sebab.

Pertama, kita yang berada di Barat dimana Injil telah mempengaruhi masyarakat dan budaya, selalu lupa bahawa betapa majmuknya gereja awal pada abad pertama. Dalam zaman kita hari ini, kita berhadapan dengan implikasi hidup dan pengkhabaran berita baik dalam masyarakat pascamoden, pasca-kristian, dan budaya pluralistik.

Tetapi kita seringkali lupa bahawa dalam usia awal gereja, apabila berita baik disebarkan daripada Yerusalem ke Yudea dan ke hujung dunia, ia diperkhabarkan dalam budaya yang sangat majmuk dari segi falsafah dan agama dalam dunia Yunani-Rom, seperti zaman kita pada hari ini. Kita tidak perlu terkejut apabila isu-isu yang kita hadapi hari ini, contohnya interaksi dengan agama-agama lain, bagaimana kita mempertahankan kebenaran Injil kepada mereka yang tidak percaya atau mereka yang datang daripad worldview (pandangan dunia) yang berlainan, ataupun bagaimana untuk mengamalkan ajaran Kristus dalam masyarkakat yang pagan dan korup.

Sejarah boleh mengajar kita apabila kita menghadapi situasi serupa. Walaupun budaya dunia Yunani-Rom adalah pra-kristian manakala budaya masa kini adalah pasca-kristian (ini membangkitkan isu-isu yang baru yang tidak dihadapi oleh gereja awal), tetapi gereja awal mempunyai banyak pengalaman yang boleh dikongsi untuk hidup dan mengkhabarkan berita baik dengan setia.

nicaea-council Keduanya, adalah penting juga agar kita mengingati era Bapa-bapa Gereja dalam cabaran-cabaran bidaah terhadap doktrin-doktrin utama agama Kristian, khususnya dalam ajaran tentang Trinitas dan Kristus. Perhimpunan-perhimpunan gereja awal, telah membentukkan rukun-rukun iman yang berdasarkan Alkitab tetapi jika kita mengabaikan perhimpunan-perhimpunan tersebut, kita akan rugi. Banyak daripada bidaah-bidaah awal yang telah ditentang oleh perhimpunan-perhimpunan tersebut – seperti Arianisme, Modalisme, Adoptionisme, Apollinarianisme, Gnosticisme dan sebagainya, masih lagi wujud pada hari ini.

Jika bukan kerana usaha keras, penghayatan teologi dan pengorbanan individu serta usaha berterusan bapa-bapa gereja dan ahli teologi seperti Irenaeus, Athanasius, Augustine, Jerome, Cyril dan banyak lagi, pemahaman kita tentang rukun-rukun iman tersebut akan berkurangan. Sesungguhnya, kita bergantung terhadap bahu mereka dan kita menghormati mereka dengan belajar tentang mereka, mendekati ajaran-ajaran mereja dan cuba mempraktikkan ajaran mereka berdasarkan Alkitab pada hari ini…

Pengetahuan tentang sejarah gereja bukan sahaja membolehkan kita peka terhadap perkembangan semasa yang telahpun bermula dari zaman lampau lagi, tetapi membantu kita untuk mengamalkan dan mengkhabarkan berita baik dengan setia pada hari ini, untuk kemuliaan Tuhan dan untuk faedah kita sendiri."

Diterjemah dan diadaptasi daripada Stephen J. Wellum, "Standing on the Shoulders of Giants", Southern Baptist Journal of Theology.

No comments: